Kementerian Kewangan tidak menerima sebarang cadangan berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sesi dialog kementerian itu bersama kumpulan fokus pada 12 sesi Dialog Belanjawan 2023.<br /><br />Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata ia jelas menunjukkan pemahaman mereka terhadap pengeluaran KWSP hanyalah dilakukan semasa penularan COVID-19 sahaja.